BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »
Unborn 8.0 Orange Pointer

Click here for Myspace Layouts

Followers

=10 alasan si dia curang=




Hyee semua..apa kabar sihat...???saya harap2 siapa yang baca entry ini semua nya sihat2..
dah lama saya tak update blog dah....rindu pulak kat blog...
okayy..hari ini saya nak update pasal...

~10 ALASAN SI DIA CURANG~

Sakitnya hati! orang yang kamu cintai dan percaya selama ini belaku curang terhadap kamu...Paling teruk, si dia melakukannya secara terang-terangan di depan mata kamu..memang kalau diikutkan,orang seperti ini harus diberi pengajaran secukupnya agar lebih menghargai cinta..namun begitu sebelum kamu lakukan sebarang tindakkan dan saling tuduh menuduh apa kata kamu kaji terlebih dahulu sebab2 kecurangan  si dia kerana setiap yang berlaku itu pasti ada sebabnya...

nilailah satu persatu sama ada ianya berlaku atau tidak dalam perhubungan kamu dan si dia..sekiranya jawapanya ya beerti kamulah yang harusnya membetulkan diri andai mahu diri dicintai..



1-MENGONGKONG
siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya ? ruang kebebasan yang diingini dihimpit ketika berpasangan dengan kamu...sikit-sikit kamu menelefonya seolah-olah tidak percaya kejujurannya..akibatnya si dia berlaku curang untuk membuktikan kepada kamu bahawa dia masih berharga di mata orang lain..si dia memulainya dengan ranjin berbohong..

2-menyakiti hatinya
kamu mungkin tidak sedar , rasa marah sering terpendam dalam diri si dia kerana sikap kamu yang suka melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya seperti merokok,berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoannya...si dia memendam kemarahan tersebut kerana tidak mahu bertengkar dan melukakan hati kamu...tetapi kamu sedikit pun tidak menghargai si dia malah sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dan terlalu sukar untuk meminta maaf...oleh itu , cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan..iyalah , marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional...

3-perbezaan taraf hidup
dia sayankan kamu tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri..kamu mungkin terlalu cantik , lebih pandai  , lebih kaya dan berharta , lebih tinngi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya...dia berasa tersisih apabila kamu membawanya di majlis-majlis sosial yang dilingkungi orang-orang yang berjaya...si dia juga begitu malu untuk memberi pendapat kerana berasaskan kamu lebih pandai...si dia cintakan kamu tetapi pada waktu yang sama tidak percayakan kamu...si dia mungkin beranggapan kamu hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkan di waktu kamu berjumpa dengan orang yang setaraf dengan kamu...oleh itu , si dia mengambil langkah terburu-buru dengan menerima cinta orang lain yang lebih menyanjungi dirinya berbanding kamu !

4-sering berjauhan
kamu dan si dia sering berjauhan...contohnya kamu belajar di universiti dan si dia bekerja di kampung halaman...kamu hanya pulang sekali-sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester...ataupun mungkin juga kamu atau si dia asyik outstation , dihantar kursus sehingga berhari-hari , berminggu-minggu atau mungkin bertahun lamanya...sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan...mungkin si dia akan mencari pengganti yang dapat mengisi kekosongan di saat kamu tiada..niat awalnya mungkin sekadar suka-suka , tetapi akhirnya terjebak dengan cinta !

5-tiada masa bersama
si dia mungkin merasakan kamu tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya...kamu asyik sibuk ke sana sini dan kerjaya kamu membuatkan masa kamu begitu terhad untuk bersamanya...akibatnya si dia kesunyian dan diabaikan...oleh kerana itu , si dia tergamak mengkhianati cinta kamu dengan keluar dengan orang lain yang lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya..

6-komunikasi yang hambar
masalah  komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar...mugkin kamu terlalu pendiam dan tidak pandai berbicara..hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga mebuat menjadi cacat..selain itu , mungkin kamu berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka , bercerita masalah dan mengucap kata-kata cinta...bila bertemu , kamu dan si dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincangkan bersama...oleh itu , si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yang dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara , mengambil hati , berlawak dan berkongsi idea dan pendapat...

7-cinta pura-pura
dulu si dia bercinta dengan kamu atas landasan yang tidak kukuh seperti dicabar teman-teman atau dipaksa keluarga...mugkin juga dia dulu beranggapan hendak main-main atau cuba-cuba sahaja dengan kamu...tetapi tak sangka pula kamu terus melekat ! mugkin juga kerana wajah kamu yang cantik membuatkan si dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul-betul cinta dengan kamu , sebaliknya terpaksa berpura-pura...oleh itu dia  pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yang benar-benar membuat dia jatuh cinta !

8-tidak menghormati
lelaki memiliki sifat ego...mungkin kamu sering menyakiti hatinya , membebel dan melemparkan kata-kata yang tidak manis...si dia mungkin diam dan tidak membalas , tapi perasaanya terhiris...bila si dia    
rasa tidak dicintai  dan dihargai , egonya terluka...ego yang terluka mengakibatkan kesan yang buruk...biasanya si dia akan 'membalas' dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti curang di belakang kamu ! si dia melakukan demikian keran ingin merasa diterima dan dicintai iaitu perasaan yang tidak dapat dirasakan bila bersama kamu...

9-sikap yang mengada-ngada
asyik merengek bagai budak  kecik bila inginkan sesuatu....kadang-kadang si dia  tidak mampu untuk memberikan sesuatu yang kamu minta..malah kadang-kadang hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk kamu !  malah kamu terus  mendesak-desak seolah-olah si dia anak jutawan...kamu juga terlalu manja dan tidak pandai berdikari...asyik bergantung kepadanya  sehingga pergi kerja perlu dijemput dan dihantar...lainlah kalau kamu sudah menjadi suami isteri...si dia mugkin muak dengan sikap kamu dan mencari pengganti yang lebih mengerti...

10-tiada kelainan
bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yang akan terjadi seterusnya , pasti timbul kebosanan..contohnya , malam minggu pasti kamu akan mengajaknya menonton wayang..tempat makan pun asyik-asyik restoran yang sama...kamu tidak pernah mengajaknya keluar dari aktivit rutin seperti berkelah , melawat tempat menarik dan sebagainya...kadang-kadang aktiviti seperto melawat zoo , pameran dan muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan...



MADAH CINTA
RASA PERCINTAAN LEBIH PAHIT DARI HEMPEDU..TEMAN
PERCINTAAN IALAH SAYU DAN PILU , NAMUN DEMIKIAN , DARA
DAN TERUNA TETAP BERPUSU-PUSU TERJERUMUS KE DALAMNYA
KERANA DIANGGAP SEPERTI LAUTAN MAYU..


huh..okay lah sampai sini je lah nak bagi tahu...penat lah..lain kali kalau ada masa saya akan sambung tentang hal2 lain pulak...byeeee....wasalam...^_^

0 comments: